Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

March 25, 2010

Denyut Kasih Medik


Tajuk : Denyut Kasih Medik
Pengarang : Dr Farhan Hadi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-76-9
Mukasurat : 390 Halaman

Sinopsis:

Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Komen Saya .....
Alhamdulillah, dalam kesibukan seharian dapat juga saya menghabiskan novel ini. Sebenarnya, telah lama ternanti-nanti sebuah novel yang berkisar mengenai perubatan ataupun kehidupan di hospital. Dulu pernah juga seorang kawan menceritakan pengalaman-pengalamannya sebagai pelajar perubatan di hospital sehinggalah dia menjadi doktor pelatih. Pada masa itu, saya mencadangkan pada dia supaya menulis buku bagi berkongsi pengalaman, cerita dan perasaannya sebagai seorang doktor. Beliau juga menyebut bahawa dia memang berhasrat untuk menerbitkan sebuah buku. Saya berharap semoga beliau akan menerbitkan sebuah bukunya pada masa akan datang.

Mengenai buku ini, saya memang teruja untuk membacanya memandangkan ianya berkisar mengenai sebuah kehidupan seorang doktor yang muda lagi soleh. Catatan kehidupan doktor yang memulakan tugasnya sebagai doktor pelatih dengan penuh ketabahan, kesabaran dalam mengharungi segala cabaran dan penat lelah membantu masyarakat. Doktor muda ini bukan hanya merawat pesakit pada zahirnya sahaja tetapi merawat jiwa dan iman setiap pesakitnya supaya kembali kepada Pencipta segala kesakitan. Doktor muda ini berusaha mengaplikasikan segala ajaran Islam dalam segenap kehidupannya supaya semuanya menjadi ibadah di sisi Allah SWT. Ianya menjadikan kita merasa bahawa indahnya kehidupan yang berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya. Juga menunjukkan bahawa Islam itu mudah untuk semua dan betapa Allah sayang kepada setiap hamba-hambanya.

Sebuah buku yang sangat mendidik dan berinformatif iaitu kita dibentangkan dengan info-info menarik mengenai fiqh perubatan, fiqh wanita juga fiqh cinta dengan firman-firman dari Al-Quran dan dalil-dalil dari hadis-hadis yang sahih. Buku ini boleh dijadikan sebagai buku rujukan untuk semua....syabas untuk penulis kerana berjaya membawa sebuah kehidupan yang berlandaskan ajaran Islam sebenar dan sepenuhnya untuk tatapan masyarakat umum.

September 2, 2009

Sang Pemimpi


"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"
"Kita lakukan yang terbaik di sini! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika! Kita akan belajar di Perancis!... Apa pun yang terjadi!!!"

Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat anda percaya tentang tenaga cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan. Malah lebih dari itu akan membuat anda percaya kepada kekuasaan Tuhan. Andrea akan membawa anda berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza, malah luar biasa tentang nasib, tentang intelektual, kegembiraan yang meluap-luap, sekaligus kesedihan yang mengharu biru.

Andrea membawa anda mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan. Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa, namun tanpa anda sedari, lambat laun watak-watak itu akan mengusai anda, membawa diri anda turut hanyut dalam gelombang hidup yang mengcengkam mereka.

Anda pasti tersenyum dengan humor halus yang bersahaja namun tersirat di dalamnya falsafah yang cukup rasional, erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung oleh dua watak utama buku ini, Arai dan Ikal. Buku ini akan membuatkan anda merenung ke dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan, menolak semua rasa putus asa dan tidak berdaya.

Komen Saya...

Buku ini memang membuatkan kita terpesona dengan kekuatan mimpi, cinta dan pengorbanan..
Membuatkan kita kagum dengan pengorbanan mereka untuk belajar dan mengapai cita-cita walaupun terpaksa berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup sebagai pelajar dan menabung untuk menyambung pelajaran. Sedikit pun tidak menyusahkan orang tua mereka. Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berusaha dan berjaya...Kejayaan mereka membuatkan kita turut rasa gembira dan terharu juga membuatkan kita merenung kekuasaan Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang...

July 26, 2009

Dalam Kehadiran Sofiah


Novel Dalam Kehadiran Sofiah merupakan catatan pengalaman jerih, payah, indah dan luka penulis melahirkan dan membesarkan seorang anak OKU. Hospital menjadi rumah kedua mereka. Doktor, speech therapist, jurupulih cara kerja, dan pegawai kebajikan menjadi rakan mereka. Walaupun sudah berusia lapan tahun, Sofiah masih berlampin pakai buang. Kecacatannya, mental tetapi lebih jelas dipanggil autisme.

Komen Saya...

Novel ini banyak mengajar pembaca mengenali dunia orang-orang yang mempunyai anak-anak istimewa. Ia juga sedikit sebanyak dapat membawa pembaca merasai kepayahan, kesedihan mereka menjalani kehidupan menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa.

Jika sekarang aku sendiri merasa susah penat mengasuh anak di kala dia meragam, apatah lagi bagi mereka yang sering menghadapi ragam anak-anak istimewa yang tidak terjangka sehingga terpaksa bersengkang mata berhari-hari. Tetapi aku bangga dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak istimewa, mereka sungguh sabar, tabah dan optimis menjalani hidup dengan jayanya. Mereka juga adalah ibubapa yang istimewa. Hanya orang-orang yang layak yang dipilih Allah untuk menghadapi dugaan ini. Bukan sahaja dugaan, kesusahan dengan anak-anak sahaja tetapi dugaan dengan dunia luar yang belum lagi peka dan faham tentang orang-orang yang kurang upaya.

Sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya..."

Subhanallah..Semoga kita semua dapat ikhlaskan hati kita untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhaiNya..

Untuk membaca lagi catatan dari penulis mengenai novel ini, boleh layari http://saripahbakar.wordpress.com/

Semoga kita semua mendapat manfaat dan pahala dari pembacaan kita!!

June 29, 2009

Bidadari dari Timur


Tajuk : Bidadari dari Timur
Pengarang : Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Penerbit : Anbakri Publika Sdn. Bhd.
Mukasurat : 128 halaman

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…


Komen Saya....

Buku ini amat menyentuh hati...Menjadi pengubat hati apabila terasa penat, letih dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Ianya dapat memulihkan kembali semangat dan juga dapat memotivasikan kita untuk menjadi seorang isteri penyejuk hati suami dan ibu yang penyayang buat anak-anak.

February 20, 2009

Buku Matahari Di Atas Gilli

Sebenarnya dah lama abiskan buku ni..Baru sekarang terajin nak buat review. Tapi buku ni agak ambil masa lama untuk abiskan. Beli aritu 18 Dis 2008 kat Kelate b4 pindah duk sepang ni. Dalam sebulan lebih gk baru abis baca. Bukan buku ni xbest cuma dah kurang membaca sekarang ni. Sebab yang banyaknya duk beli dan jual buku kat orang..=)


Buku ni mengisahkan seorang gadis bernama Suhada yang berkahwin dengan Suamar seorang pemuda dari Pulau Gilli. Suhada kemudian mengikut suaminya ke Gilli dan tinggal di situ. Dalam buku ni penulis banyak menggambarkan suasana, pemandangan dan budaya hidup di pulau Gilli. Membuatkan seperti kita pulak yang berada di Gilli.

Di Gilli, Suhada melihat anak-anak di situ tidak mempunyai pelajaran lalu Suhada berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak di pulau itu tetapi mendapat tentangan daripada penduduk di sana. Apa yang menarik, cara Suhada memberikan pelajaran kepada anak-anak di pulau tersebut. Dia mengajak anak-anak di situ bermain di tepi pantai setiap pagi. Suhada sama-sama dengan anak-anak di situ bermain air dan bermain pasir. Kadang-kadang berkelah bersama-sama mereka. Dalam kesempatan itu, Suhada membacakan cerita kepada anak-anak itu dari buku, mengajar mereka menyanyi dan menghafal A sampai Z. Setelah berusaha akhirnya Suhada berjaya meyakinkan penduduk Pulau Gilli berkenaan kepentingan ilmu. Beliau berjaya apabila dapat menubuhkan kembali sekolah yang ada di pulau itu setelah sekian lama terbiar bersama-sama bekas pengetua sekolah itu serta penghulu kampung. Ketabahan dan kesungguhan yang dipaparkan oleh Suhada amat mengagumkan dan sepatutnya para pendidik harus memiliki sifat dan kesungguhan ni.

Part yang seterusnya menyedihkan iaitu mengisahkan Suhada yang mengharungi kehidupannya yang mengandungkan anak pertama mereka tanpa suami di sisi. Suaminya merantau untuk menambah pendapatan keluarga sebelum menerima orang baru dalam keluarga mereka. Penantiannya untuk bertemu suami tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia selepas melahirkan anaknya. Suamar, suaminya tiba tepat setelah Suhada meninggal dunia.

Kemudian, Suamar hidup dalam bayangannya sendiri apabila tidak dapat menerima kenyataan bahawa Suhada telah tiada. Dia juga mempengaruhi anaknya supaya percaya bahawa ibunya Suhada masih lagi hidup. Di akhir-akhir cerita ni, anak Suhada dan Suamar tu sakit apabila mengetahui bahawa ibunya sudah tiada. Suamar pula menjadi semakin teruk dan akhirnya meninggal apabila terjatuh di landasan keretapi..

So, utk sape2 yg berminat nak baca buku ni dan merasai kehidupan Suhada bolehlah dapatkannya di kedai-buku online kami..xpayah susah-susah gi kedai buku! www.kedai-buku.com

January 29, 2009

Duniaku Buku..

Hidupku sekarang ini dipenuhi dengan buku..
Setiap hari, fikiranku meeesti teringat buku..
Nak baca buku
Nak order buku
Nak beli buku
Nak orang beli buku
Nak promote buku
Buka je mata..nampak buku..
Buku..buku..dan buku...

Buku2 ni ada aura dia sendiri..sebab..

Ada yang jadi ulat buku
Asyik berkepit je ngan buku
Dah dapat buku langsung xbleh berpisah ngan buku, xbleh buat pape dah..
Hanyut dengan dunia buku

Ajaibnya buku..
Kita boleh melancong ke seluruh pelusuk dunia
Kita boleh jadi doktor, engineer, saintis
Semua yang kita nak jadi boleh dengan adanya buku
Buku boleh buat orang miskin jadi kaya
Buku boleh jadikan seseorang yang lemah menjadi hebat
Buku juga boleh jadi teman akrab kita
Buku boleh buat kita gembira, menangis, sedih, ketawa..
Buku juga membina jambatan silaturrahim antara sesama insan

Emmm..macam-macam dgn buku ni... :)

We are what we read..

November 6, 2008

Buku Cinta di rumah Hasan Al Banna..


salam..
lama tak update blog ni. tiba2 rase nak post n berkongsi sesuatu petang ni. semalam terajin baca buku 'Cinta Di Rumah Hasan Al Banna' ditulis oleh Muhammad Lili Nur Aulia. buku ni shikin pinjam dgn naeim.dah lama duk nampak atas meja shikin so amik baca skit dan terus terpikat. balik asrama baca sampai abis.

terkagum tak abis2 lagi dgn cara Imam Hasan Al Banna mendidik anak-anaknya. segala persoalan yg berlegar2 di kepala ni terjawab lepas baca buku ni.mcm tu rupenya cara yg betul nak didik anak-anak.secara teorinya cam senang tapi secara praktikal susah rasenya.bila face betul2 dgn bermacam ragam anak2 ibubapa mestila kena bertindak dgn bijak serta berhikmah dan bukannya mengikut emosi.

harapnya dptla mendidik anak2 nnt dgn cara yg betul sepertimana yg dicontohkan oleh nabi tercinta, Nabi Muhammad SAW dan telah dipraktikkan sebaiknya oleh Imam Hasan Al Banna.

Sedikit perkongsian dari buku ini..
# struktur pendidikan rumahtangga yg dibangun, ternyata merupakan hasil setting pendidikan suami. Ibarat membuat bangunan, suami yg membuat kerangkanya, isteri yg mengisinya..
# Al Banna menyediakan catatan utk setiap anak2nya. beliau menuliskan sendiri keterangan detail ttg sejarah dan tanggal klahiran, nombor klahirn,pola pengaturan pemakanan bg si kecil dan seterusnya..beliau juga mengumpulkan seluruh surat keterangan dan resit2 doktor yg memeriksa anak2nya. beliau juga menyimpan rapi semua ijazah dan report anak2nya...hebat bukan!!
# dalan buku ini juga dituliskan nasihat yg disampaikan oleh Syaikh Abdul Hamid Jasim Al Bilali, "Berikan Cinta anda sepenuhnya tanpa henti dan berubah, meskipun suatu saat anak anda mungkin tidak menyenangkan anda" - Al Bilali menerangkan bhw cinta tulus yg tanpa tolok ukur adalah pemberian paling berharga yg harus diperolehi oleh setiap anak. Sebaliknya, menolak memberikan cinta tulus kpd seorg anak adalah sebuah hukuman yg paling menyakitkan baginya..Hasan Al Banna telah mempraktikkan nasihat ini dgn sebaiknya dan dia telah memberikan cinta tulusnya kpd semua anaknya..

byk lagi statement2 yg menarik dlm buku ini. saya syorkan anda semua membacanya sendiri..saya pun nak cari dan miliki buku ini sendiri. sungguh indah kehidupan yg dicontohkan oleh Al Banna dlm keluarganya..semoga kita semua mendapat manfaat dari pembacaan ini.. wslm..