Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

April 15, 2012

Alhamdulillah & Thank You Sayang!!


It's a present from my beloved husband...
Walaupun tarikh 14 April 2012 tidak bersempena dengan apa-apa tarikh istimewa kami, he just give me this new hp. Katanya "bersempena birthday, anniversary dan segalanya.." hehehe... (berbaloi jugaklah sebab dah bertahun-tahun tak pernah tukar hp pun. Guna je yang ada kan ^^)

Thank you so much for this sweet present and everything my dear.. Especially your patient melayan kami anak-beranak dan kesabaran juga pengorbanan selama kita melayari rumahtangga ini.

Moga Allah sentiasa merahmatimu dan murahkan lagi rezekimu suamiku.. Moga Allah juga sentiasa berkati baitul muslim kita ini dan suburkan lagi kasih sayang antara kita. Berikan kita zuriat yang terbaik dari sisiNya.. Sentiasa bersyukur dan bersabarlah dengan segala ujian dan cabaran dalam hidup kita ini.

Always love you fillah... ^-^


July 16, 2010

Bila Tiba Masanya...

Jam 12 lebih pagi tadi, kami dikejutkan dengan pemergian ibu sepupu kami di kampung. Ayah dan adik telefon mengkhabarkan berita ini setelah ayah diberitahu oleh abe Lie, suami arwah bahawa arwah telah pergi dalam jam sebelas lebih. Terasa sayu, sedih dengan pemergiannya kerana arwah seorang yang sangat baik dan penyayang dan pemurah sepanjang hidupnya. Tidak sangka tarikh 16 Julai menjadi tarikh pemergiannya setelah lama bersabar, tabah menanggung sakit ujian Allah kepadanya. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh & solehah serta dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Tidak terbalas segala budi baiknya kepada kami sekeluarga sepanjang hidupnya. Sentiasa bermurah hati membantu tanpa diminta tidak kira wang ringgit dihulur, tenaga dicurahkan atau masa diluangkannya. Arwah dan keluarga hidup bersederhana, rendah diri walaupun dari kalangan orang yang berharta.

Tak kulupa pada hari pertunangan dan pernikahan kami dua tahun yang lepas, beliau dan keluarganyalah yang banyak membantu menjayakan majlis. Tidak terhitung budi baik yang mereka taburkan kepada kami. Dari pagi sampai malam, mereka luangkan masa untuk membantu. Membeli dan melengkapkan segala macam untuk majlis kami. Hanya Allah sajalah yang dapat membalas segala kebaikan mereka.... Selepas majlis perkahwinan kami di kedua-dua belah pihak, arwah menjemput pula kami datang ke rumahnya. Kami dirai penuh istimewa dengan jamuan makan. Amat terharu kerana bukan sahaja mereka banyak membantu tetapi sanggup pula raikan kami. Sebelum pulang, kami dibekalkan pula dengan hadiah dari mereka sekeluarga. Ya Allah....

Juga tak kulupa setelah dua bulan perkahwinan kami, arwah datang ke rumah untuk majlis pertunangan kakakku pula. Tapi pada masa tu, arwah sudah tidak berapa sihat kerana penyakit lelahnya. Dalam kesibukan majlis, aku sempat berbual dengan arwah dan arwah bertanya kepadaku samada sudah berisi atau belum. Tetapi ketika itu kami belum lagi ada rezeki. Dan arwah juga sempat memberi sedikit nasihat dan dorongan. Lama selepas itu, dalam putaran waktu berlalu dengan berbagai macam perkara, kami dikhabarkan dengan keuzuran arwah kerana penyakit paru-parunya. Arwah berulang-alik keluar masuk hospital. Doa kami kirimkan semoga arwah diberikan kesihatan yang baik.

Kami sempat menziarahi arwah semasa beliau di hospital K.Krai. Pada masa itu, kami pulang ke kampung selepas aku melahirkan anak kami yang pertama ini dan ketika itu Bashir tidak sampai lagi umurnya 40 hari. Di hatiku, ingin bertemu dengan arwah dan ingin kenalkannya dengan anak kami ini, tetapi apabila kami bertemu, arwah pada masa itu dalam keadaan sangat uzur. Penyakitnya telah banyak mengubah fizikal arwah. Tubuhnya menjadi kurus tidak berisi kerana tiada selera makan. Hanya mengharap khasiat dari meminum susu. Masa tu arwah sempat bercerita kepada mak bahawa dia sebelum ini tidak suka minum susu sebab itulah apabila sakit ini tulang-tulangnya tidak berapa kuat lagi. Sedih juga apabila melihat keadaannya ketika itu. Dua hari selepas itu, keluarganya mengadakan majlis doa selamat juga akad nikah anaknya yang sulung. Kami diberitahu bahawa perancangan untuk mengadakan pernikahan anaknya adalah semata-mata untuk arwah. Supaya arwah dapat melihat perkahwinan anak sulungnya.

Balik dari kami menziarahinya dari hospital, hati ku amat tersentuh dengan peringatan Ingat 5 sebelum 5. Antaranya 'Ingat Muda sebelum Tua' dan 'ingat Sihat sebelum Sakit'. Aku kongsikan perasaan dengan mak. Bahawa terasa kekuasaan Allah dalam kejadian ini. Kerana dari muda tiba-tiba sahaja kita boleh berubah kelihatan seperti sudah tua dan dari tubuh badan yang sihat boleh jadi tiba-tiba sahaja kita jatuh sakit atau meninggal. Mak pula menambah bahawa Allah hanya menguji hamba-hambanya yang terpilih untuk menerima ujiannya seperti ini. Allah telah menguji arwah dengan kesakitan dengan harapan terleburlah segala dosa-dosanya dan termasuklah dia dan keluarga dalam kalangan orang-orang yang sabar. Kerana kami tahu arwah dan keluarga telah banyak berbuat kebaikan di dunia ini. Tersembunyi hikmah disebalik ujian ini. Untuk mendapat nikmat yang lebih besar dari Allah atas kebaikan-kebaikan mereka.

Tetapi semasa majlis walimatulurus anaknya pada hari keempat hari raya tahun lepas, arwah kelihatan sihat sedikit dari sebelumnya. Kami gembira melihat perubahan tersebut. Itulah kali terakhir aku melihatnya. Jun baru ni hanya sempat berjumpa abe Lie di majlis kahwin k.Yani. dan kami hanya diberitahu bahawa arwah telah masuk hospital lagi. sehinggalah pagi ini mendapat khabar beliau telah tiada lagi....

'Ingat Hidup sebelum Mati'...

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..." Surah Ali Imran: Ayat 185

"Ya Allah, tempatkanlah arwah dalam rahmat & kasih sayangMu. Dalam kalangan orang-orang yang soleh & solehah. Berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarganya. Ya Allah, berikanlah kami petunjuk, taufik dan hidayahMu. Jadikanlah kami orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kehidupan yang terbaik kepada kami di dunia ini dan jadikanlah bagi kami pengakhiran yang terbaik....Hanya kepada Engkau sahajalah Ya Allah kami bermohon..."


Kenangan arwah (bertudung merah dan tersenyum) bersama keluarganya, adik & sahabatku di majlis walimahku 2 tahun yang lepas...

February 17, 2010

Cupcakes Dari Kakak...

Surprised from my sister...thanks a lot!





Gambar dari Babycakes2u.com

February 10, 2010

Hadiah Dari Suami...



Selamat Hari Lahir, Isteriku
Kuucap Terima Kasih

Kerana Engkau Setia Di Sisiku

Tidak Pernah Kudengar Lafaz Jemu Dari Bibirmu

Dengan penuh kerelaan Kau Taburkan Khidmatmu.

Selamat Hari Lahir, Sayangku

Kuucap Terima Kasih

Kerana Engkau Rela Aku Jadi Teman Hidupmu

Tidak Pernah Menyesal

Sanggup Melahir Zuriatku.

Selamat Hari Lahir, ...Kekasihku

Kuucap Terima Kasih

Kerana Sanggup Berkongsi Suka Duka

Dan Membuat Aku Merasa Tenang Dan Bahagia

Takdir Menemukan Kita

Engkau Satu Dalam Sejuta

Aku Beruntung Kerana Berpeluang

Untuk Berteduh Di Bawah Pohon Kasihmu.

Selamat Hari Lahir, Cintaku

Kuucap Terima Kasih

Kerana Engkau Rela

Melayari Bahtera Kehidupan Bersamaku.

.: Sempena Hari Lahir Ke-27 Isteriku pada 10 Feb 2010 :.


Suamiku... Terima kasih atas segalanya...
Semoga cinta & kasih sayang kita dalam keberkatan Ilahi ~ I'll be loving you... for the rest of my life... ~

January 5, 2009

Laskar Pelangi-Nidji


ni lagu favorite ku dan suami skg ni..

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

repeat reff [2x]

laskar pelangi takkan terikat waktu

July 14, 2008

Cintakah Kita..??


Tiada ape yg lebih bermakna melainkan kecintaan kita kpd Tuhan, atas kehendakNya kita dilahirkan didunia yg dipenuhi dgn pelbagai ujian yg sering menjadi tetamu kehidupan. Hingga kekadang mampu membuatkan kita mengalirkan air mata, ada kalanya kita masih mampu tersenyum disebalik dugaan yg diterima. Tak kurang pulak yg kecundang dlm lautan nafsu. Maka padaNya jua kita akan kembali..

Cintailah manusia yg berhak untuk kita cintai. Jika anda seorang anak, maka cintailah dan sayangilah ibu bapa. Jika anda seorang pelajar, cintailah ilmu anda. Jika anda seorang isteri, selayaknya suami andalah yg berhak utk menerima kecintaan dari anda...fikir2kan...kepada siapa cinta anda selayaknya jika anda sebagai hambaNya di muka bumi ini.


Quote from someone...semoga kita dlm kecintaanNya...

June 22, 2008

My New Journey..

Segala Puji dipanjatkan kepada Allah Rabbul'Alamin. Selawat dan salam diungkapkan buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum kerabat baginda serta pembawa panji-panji Islam sepanjang zaman.
Syukur pada Allah yg memberi segala kekuatan pada hambaNya yg lemah ini untuk memulakan perjalanan perkongsian di alam ini.

Semoga apa yang bakal dikongsikan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang bertamu di blog ini dan semoga sentiasa di dalam Rahmat dan kasih sayangNya..