September 2, 2009

Bashir - 3 Month Old



12 Ogos 2009 lepas, Bashir telah berjaya meniarap dengan sendirinya...Pada masa tu aku tgh asyik mencari channel yang menarik untuk tontonan kami. Tiba2 terkejut bila badan Bashir menyentuhku. Rupa2nya dia telah berjaya meniarap!
Alhamdulillah, Bashir telah menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari. Seronok rasanya dapat melihat perkembangannya. Bermula dari dia pandai tersenyum, pandai ketawa dan pandai meniarap... Terharu rasanya..mcm nilah perasaan seorang ibu kot...hehehe


ni gmbr2 yg sempat dirakam pada hari pertama Bashir meniarap... seronok la tu..

Sang Pemimpi



"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"
"Kita lakukan yang terbaik di sini! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika! Kita akan belajar di Perancis!... Apa pun yang terjadi!!!"

Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat anda percaya tentang tenaga cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan. Malah lebih dari itu akan membuat anda percaya kepada kekuasaan Tuhan. Andrea akan membawa anda berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza, malah luar biasa tentang nasib, tentang intelektual, kegembiraan yang meluap-luap, sekaligus kesedihan yang mengharu biru.

Andrea membawa anda mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan. Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa, namun tanpa anda sedari, lambat laun watak-watak itu akan mengusai anda, membawa diri anda turut hanyut dalam gelombang hidup yang mengcengkam mereka.

Anda pasti tersenyum dengan humor halus yang bersahaja namun tersirat di dalamnya falsafah yang cukup rasional, erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung oleh dua watak utama buku ini, Arai dan Ikal. Buku ini akan membuatkan anda merenung ke dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan, menolak semua rasa putus asa dan tidak berdaya.

Komen Saya...

Buku ini memang membuatkan kita terpesona dengan kekuatan mimpi, cinta dan pengorbanan..
Membuatkan kita kagum dengan pengorbanan mereka untuk belajar dan mengapai cita-cita walaupun terpaksa berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup sebagai pelajar dan menabung untuk menyambung pelajaran. Sedikit pun tidak menyusahkan orang tua mereka. Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berusaha dan berjaya...Kejayaan mereka membuatkan kita turut rasa gembira dan terharu juga membuatkan kita merenung kekuasaan Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang...

August 14, 2009

Ramadhan...





Saban tahun Ramadan bertandang dan pergi, mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri. Berakhirnya ia menjadi tangis buat pengejar ukhrawi, kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.

Semoga Ramadan tidakkan berlalu sepi, supaya sempat kami mengabdi diri..

Begitulah..terdetik seketika di hati ini, sempat ke atau masih ada peluang ke diri ini untuk menyambut Ramadan yang beberapa hari sahaja lagi akan bertandang. Setiap hari sekarang ni kita baca dan dengar kematian saudara-saudara kita terutama di Malaysia ni. Paling ramai yang meninggal disebabkan oleh Infuenza H1N1 tu dan tak kurang juga disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain. Scary rasanya dengan penyakit tu kan. Moga dijauhkan kita semua darinya..

Kedatangan Ramadan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua. Ada yang bersiap-siap dan telah bertungkus-lumus menyediakan biskut-biskut raya atau segala jenis makanan untuk jualan di bulan Ramadan nanti. Ada promosi di pasaraya yang tak kurang juga hebatnya untuk jualan sempena raya nanti. Ada yang telah sibuk membeli pakaian dan segala persiapan untuk ahli keluarga juga untuk raya nanti. Yalah, nanti dah dekat raya sibuk dengan orang lain pulak. So baik beli awal-awal. Tapi semua ni nak sambut Ramadan ke nak sambut Raya yang utama?? Hehehe...Sama-samalah kita fikir ya ....

So, berapa ramai pula orang yang sibuk menyediakan jiwa dan hati setulusnya untuk dididik dan ditarbiyah di bulan Ramadan ini...? Insya Allah, semoga ramai seperti dalam kategori terakhir ini kan. Semoga diri ini pun tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa sedar akan keistimewaan dan keberkatan Ramadan. Ramadan Kareem!!


July 26, 2009

Dalam Kehadiran Sofiah



Novel Dalam Kehadiran Sofiah merupakan catatan pengalaman jerih, payah, indah dan luka penulis melahirkan dan membesarkan seorang anak OKU. Hospital menjadi rumah kedua mereka. Doktor, speech therapist, jurupulih cara kerja, dan pegawai kebajikan menjadi rakan mereka. Walaupun sudah berusia lapan tahun, Sofiah masih berlampin pakai buang. Kecacatannya, mental tetapi lebih jelas dipanggil autisme.

Komen Saya...

Novel ini banyak mengajar pembaca mengenali dunia orang-orang yang mempunyai anak-anak istimewa. Ia juga sedikit sebanyak dapat membawa pembaca merasai kepayahan, kesedihan mereka menjalani kehidupan menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa.

Jika sekarang aku sendiri merasa susah penat mengasuh anak di kala dia meragam, apatah lagi bagi mereka yang sering menghadapi ragam anak-anak istimewa yang tidak terjangka sehingga terpaksa bersengkang mata berhari-hari. Tetapi aku bangga dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak istimewa, mereka sungguh sabar, tabah dan optimis menjalani hidup dengan jayanya. Mereka juga adalah ibubapa yang istimewa. Hanya orang-orang yang layak yang dipilih Allah untuk menghadapi dugaan ini. Bukan sahaja dugaan, kesusahan dengan anak-anak sahaja tetapi dugaan dengan dunia luar yang belum lagi peka dan faham tentang orang-orang yang kurang upaya.

Sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya..."

Subhanallah..Semoga kita semua dapat ikhlaskan hati kita untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhaiNya..

Untuk membaca lagi catatan dari penulis mengenai novel ini, boleh layari http://saripahbakar.wordpress.com/

Semoga kita semua mendapat manfaat dan pahala dari pembacaan kita!!

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez