September 2, 2009

Sang Pemimpi


"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"
"Kita lakukan yang terbaik di sini! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika! Kita akan belajar di Perancis!... Apa pun yang terjadi!!!"

Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat anda percaya tentang tenaga cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan. Malah lebih dari itu akan membuat anda percaya kepada kekuasaan Tuhan. Andrea akan membawa anda berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza, malah luar biasa tentang nasib, tentang intelektual, kegembiraan yang meluap-luap, sekaligus kesedihan yang mengharu biru.

Andrea membawa anda mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan. Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa, namun tanpa anda sedari, lambat laun watak-watak itu akan mengusai anda, membawa diri anda turut hanyut dalam gelombang hidup yang mengcengkam mereka.

Anda pasti tersenyum dengan humor halus yang bersahaja namun tersirat di dalamnya falsafah yang cukup rasional, erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung oleh dua watak utama buku ini, Arai dan Ikal. Buku ini akan membuatkan anda merenung ke dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan, menolak semua rasa putus asa dan tidak berdaya.

Komen Saya...

Buku ini memang membuatkan kita terpesona dengan kekuatan mimpi, cinta dan pengorbanan..
Membuatkan kita kagum dengan pengorbanan mereka untuk belajar dan mengapai cita-cita walaupun terpaksa berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup sebagai pelajar dan menabung untuk menyambung pelajaran. Sedikit pun tidak menyusahkan orang tua mereka. Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berusaha dan berjaya...Kejayaan mereka membuatkan kita turut rasa gembira dan terharu juga membuatkan kita merenung kekuasaan Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang...

2 comments:

'AsYiKiN MoHaMeD said...

ya..buku ni rasanya paling menyentuh hati, kalbu, hempedu, urat dan jantung...hehehe...

tambah2 part yang ikal jadik sedikit pemalas dan dapat nombor corot..sedey gila bila memikirkan perasaan ayah dia time tu....huhuhu...

Ummu Bashir said...

aah..btul syikin.. part tu yg paling sadis menyentuh kalbu ni..then yg rasa kagum sgt biler diorg dua2 berjaya masuk ke uni yg diorg impi2kan. Kiranya terbalas segala pgrobanan dn penat lelah mereka selama ni...bagus btul la..