August 14, 2009

Ramadhan...




Saban tahun Ramadan bertandang dan pergi, mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri. Berakhirnya ia menjadi tangis buat pengejar ukhrawi, kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.

Semoga Ramadan tidakkan berlalu sepi, supaya sempat kami mengabdi diri..

Begitulah..terdetik seketika di hati ini, sempat ke atau masih ada peluang ke diri ini untuk menyambut Ramadan yang beberapa hari sahaja lagi akan bertandang. Setiap hari sekarang ni kita baca dan dengar kematian saudara-saudara kita terutama di Malaysia ni. Paling ramai yang meninggal disebabkan oleh Infuenza H1N1 tu dan tak kurang juga disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain. Scary rasanya dengan penyakit tu kan. Moga dijauhkan kita semua darinya..

Kedatangan Ramadan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua. Ada yang bersiap-siap dan telah bertungkus-lumus menyediakan biskut-biskut raya atau segala jenis makanan untuk jualan di bulan Ramadan nanti. Ada promosi di pasaraya yang tak kurang juga hebatnya untuk jualan sempena raya nanti. Ada yang telah sibuk membeli pakaian dan segala persiapan untuk ahli keluarga juga untuk raya nanti. Yalah, nanti dah dekat raya sibuk dengan orang lain pulak. So baik beli awal-awal. Tapi semua ni nak sambut Ramadan ke nak sambut Raya yang utama?? Hehehe...Sama-samalah kita fikir ya ....

So, berapa ramai pula orang yang sibuk menyediakan jiwa dan hati setulusnya untuk dididik dan ditarbiyah di bulan Ramadan ini...? Insya Allah, semoga ramai seperti dalam kategori terakhir ini kan. Semoga diri ini pun tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa sedar akan keistimewaan dan keberkatan Ramadan. Ramadan Kareem!!


No comments: