February 25, 2009

Cake For My Husband..

Sempena besday husband pd 21 Feb aritu, pikir punya pikir nak bagi hadiah apa, tiba2 dapat idea tempah kek utk dia. Cari2..terjumpa la blog kak zuriana yg buat kek kt dengkil. So, email kat akak tu samada dia terima lagi ke tak tempahan. Alhamdulillah, tempahan diterima..so jadilah kek ini..Strawberry oreo cheese cake..emm..boleh tahan sedapnya!!



kononnya nak buat surprise la kat husband, tapi rupe2nya dia dh terbaca email yang aku bagi kat kak zuriana tu. pandai dia buat2 tak tau je..tp that's not important..surprise ke tak, yg penting nak raikan besday bersama suami tercinta utk pertama kali selepas kawin ni..and hopefully utk tahun2 seterusnya ..aminnn...





Gambar dr blog k.zuriana..

February 20, 2009

Buku Matahari Di Atas Gilli

Sebenarnya dah lama abiskan buku ni..Baru sekarang terajin nak buat review. Tapi buku ni agak ambil masa lama untuk abiskan. Beli aritu 18 Dis 2008 kat Kelate b4 pindah duk sepang ni. Dalam sebulan lebih gk baru abis baca. Bukan buku ni xbest cuma dah kurang membaca sekarang ni. Sebab yang banyaknya duk beli dan jual buku kat orang..=)


Buku ni mengisahkan seorang gadis bernama Suhada yang berkahwin dengan Suamar seorang pemuda dari Pulau Gilli. Suhada kemudian mengikut suaminya ke Gilli dan tinggal di situ. Dalam buku ni penulis banyak menggambarkan suasana, pemandangan dan budaya hidup di pulau Gilli. Membuatkan seperti kita pulak yang berada di Gilli.

Di Gilli, Suhada melihat anak-anak di situ tidak mempunyai pelajaran lalu Suhada berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak di pulau itu tetapi mendapat tentangan daripada penduduk di sana. Apa yang menarik, cara Suhada memberikan pelajaran kepada anak-anak di pulau tersebut. Dia mengajak anak-anak di situ bermain di tepi pantai setiap pagi. Suhada sama-sama dengan anak-anak di situ bermain air dan bermain pasir. Kadang-kadang berkelah bersama-sama mereka. Dalam kesempatan itu, Suhada membacakan cerita kepada anak-anak itu dari buku, mengajar mereka menyanyi dan menghafal A sampai Z. Setelah berusaha akhirnya Suhada berjaya meyakinkan penduduk Pulau Gilli berkenaan kepentingan ilmu. Beliau berjaya apabila dapat menubuhkan kembali sekolah yang ada di pulau itu setelah sekian lama terbiar bersama-sama bekas pengetua sekolah itu serta penghulu kampung. Ketabahan dan kesungguhan yang dipaparkan oleh Suhada amat mengagumkan dan sepatutnya para pendidik harus memiliki sifat dan kesungguhan ni.

Part yang seterusnya menyedihkan iaitu mengisahkan Suhada yang mengharungi kehidupannya yang mengandungkan anak pertama mereka tanpa suami di sisi. Suaminya merantau untuk menambah pendapatan keluarga sebelum menerima orang baru dalam keluarga mereka. Penantiannya untuk bertemu suami tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia selepas melahirkan anaknya. Suamar, suaminya tiba tepat setelah Suhada meninggal dunia.

Kemudian, Suamar hidup dalam bayangannya sendiri apabila tidak dapat menerima kenyataan bahawa Suhada telah tiada. Dia juga mempengaruhi anaknya supaya percaya bahawa ibunya Suhada masih lagi hidup. Di akhir-akhir cerita ni, anak Suhada dan Suamar tu sakit apabila mengetahui bahawa ibunya sudah tiada. Suamar pula menjadi semakin teruk dan akhirnya meninggal apabila terjatuh di landasan keretapi..

So, utk sape2 yg berminat nak baca buku ni dan merasai kehidupan Suhada bolehlah dapatkannya di kedai-buku online kami..xpayah susah-susah gi kedai buku! www.kedai-buku.com

February 10, 2009

Catatan 10 Februari 2009



Alhamdulillahi rabbil alamin...

Segala puji hanya untuk Allah yang telah menciptakan diriku, dan masih lagi memberi peluang untuk ku menjalani hidup di dunia ini. Selawat dan Salam ku hadiahkan buat Nabi tercinta, Muhammad SAW. Semoga dipertemukan dan diberi syafaat di akhirat nanti.. Jutaan Terima Kasih dan kalungan doaku panjatkan untuk ayah dan ibu yang melahirkanku, menjagaku, menyayangiku, mendidikku dan memberi segalanya buatku..Semoga Allah menempatkan mak dan ayah dalam rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa. Salam sayang untuk suami tercinta, atas segala kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan untuk diri ini..

10 Februari 2009,
Genablah 26 Tahun aku diberi peluang untuk mengecapi kemanisan, kepahitan, asam garam kehidupan. Peluang untuk...
Disayangi dan menyayangi
Dikenali dan mengenali
Dididik dan mendidik
Dipimpin dan memimpin
Dibantu dan membantu

Syukur segalanya padaMu Ya Allah atas segala kurniaan ini..
Sesungguhnya tidak terhitung segala nikmat dan anugerah yang Kau kurniakan pada kami. Ampunilah segala kelalaian kami atas segala tanggugjawab kami, kelupaan kami untuk bersyukur padaMu...Ya Allah, semoga masih ada lagi peluang untuk kami memperbaiki diri ini dengan petunjuk dan kasih sayangMu. Ya Allah semoga peluang yang Kau kurniakan ini dapat kami manfaatkannya untuk menjadi hambaMu yang sentiasa ingat padaMu, sentiasa patuh pada suruhanMu, menjadi hamba yang sentiasa diredhai dan dikasihiMu...

February 1, 2009

‘We will not go down (Song for Gaza)’

oleh Michael Heart.

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight