January 7, 2012

New Year... New Home... New Baby ^-^

Alhamdulillah... Atas kurniaan Allah yang masih memberikan peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan sehingga saat ini. Semoga pabila tiba saatnya untuk kembali kepadaNya adalah dengan hari-hari dan amal-amal yang terbaik kami di sisiNya.. amin..

Insya Allah, untuk tahun 2012 ini, dua perkara yang menjadi tajuk utama kami sekarang ini. Rumah baru, dan lil mujahid yang kedua kami. Syukur juga kepada Allah atas rezeki yang tidak terhingga ini kepada kami. Alhamdulillah....

Insya Allah, akan dimasukkan entry-entry yang seterusnya mengenai dua perkara ini nanti untuk dikongsikan. ^-^

January 10, 2011

Sit Down @ Duduk

Satu petang di rumah...

Ayah: Bashir, duduk...

Bashir: (sedang berdiri dan menoleh pada ayah dengan muka yang berkerut-kerut membuang air besar =D)

Umi: Bashir, duduk sayang... (cuba untuk memujuk)

Bashir: (tengok pada umi plak)

Umi: ok Bashir..sit down..sit down...

Bashir: (terus duduk dan menyudahkan kerjanya)

Ayah: Owh, suruh duduk tak faham.. suruh sit down baru faham ye.. =)

Umi: itu yang dia faham... =D

Satu proses mengajar anak belajar dan memahami bahasa!

September 7, 2010

You Can Be WhateverYou Want To Be!

Motivasi untuk diriku... yang merasa tidak yakin dengan apa yang ingin ku lakukan dan apa yang ingin ku impikan....

There is inside you

all of the potential

to be whatever you want to be,

all of the energy

to do whatever you want to do.

Imagine yourself

as you would like to be,

doing what you want to do,

and each day, take one step

towards your dream.

And though at times it may seem too

difficult to continue,

hold on to your dream.

One morning you will awake to find

that you are the person you dreamed of,

doing what you wanted to do,

simply because you had the courage

to believe in your potential

and to hold on to your dream.

~ Donna Levine ~ 

August 8, 2010

Ramadan Kareem to everyone!


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....
Ramadan yang ditunggu akan menjelang tidak lama lagi. Sepertinya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyambutnya dan berdoa semoga Allah sampaikan kita semua kepada Ramadan tahun ini. Memikirkan mengenai bulan yang amat istimewa ini, menjadikan aku excited tiba-tiba. Kerana hanya dalam bulan ini kita diberi kesempatan untuk menguatkan salah satu rukun Islam kita yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun dan hanya dalam masa 30 hari sahaja! 30 hari? mungkin ianya akan terasa lama jika seseorang itu tidak sabar untuk menyambut hari raya tetapi sebenarnya 30 hari adalah jangka masa yang terlalu pendek jika dibandingkan dengan jumlah masa setahun (365 hari).

Kita hanya diberi masa 30 hari untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan satu rukun Islam kita ini kuat supaya ianya kukuh, tahan dan kental dalam menghadapi apa jua ujian dan cubaan hidup di dunia ini sebelum kita sampai kepada Ramadan seterusnya, itupun jika kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup!!

Oleh itu, nasihat untuk diri sendiri terutamanya... Rancanglah setiap detik dalam bulan Ramadan ini untuk sentiasa berbuat amal, ibadah, kebajikan dan kebaikan kerana hanya di bulan ini pintu kebaikan (Syurga)dibuka dan pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dirantai. (Al-Bukhari & Muslim)

Semoga perancangan baik kita nanti akan meraih kita kepada rahmat dan kasih sayang Allah dan menempatkan kita nanti dalam Syurga-Nya...