January 29, 2009

Tangisan Anak-anak Palestin...



Mereka menangis kerana ibu ayah mereka di bom
Mereka menangis kerana ahli keluarga mereka ditembak
Mereka menangis kerana kehilangan sahabat handai
Mereka menangis kerana tiada rumah dan tempat berteduh
Mereka menangis kerana sekolah mereka dihancurkan
Mereka menangis kerana tiada makanan dan minuman
Mereka menangis...
Menangis kerana segala-galanya di Palestin...

Air mata dan kesedihan
Kesusahan dan kesengsaraan
Bukan keputus-asaan mereka

Air mata dan kesedihan itu
Adalah semangat dan keberanian
Yang terus menjalar dalam darah daging mereka

Kesusahan dan kesengsaraan itu
Penguat keimanan dan kebergantungan kepada Yang Maha Kuasa







"apabila saya besar saya bertekad akan mengebom mereka sebagaimana mereka mengebom kami.." Shereen Abu Tob (8 Thn)

Shereen Abu Tob yang dalam sekelip mata menjadi yatim piatu dan hidup sebatang kara angkara kekejaman Israel tanpa batasan.

Saya tidak takut dgn serangan Israel. Cukuplah Allah menjadi pelindung saya..Anas Salem (10 Thn)



Inilah kehebatan anak-anak di Palestin. Mereka mempunyai semangat juang tinggi untuk menentang keganasan Israel. Bila pikir-pikirkan..diri ini pun tidak mampu nak menghadapi segala pergelutan sebagaimana di Palestin..Iman tidak sekuat anak-anak Palestin yang meletakkan total kebergantungannya kepada Allah swt. Tak terbayang jika semua itu atau sedikit saje pertempuran berlaku di depan mata. Tentu akan tersungkur dan rebah lemah menghadapinya..

Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Mengetahui segalanya..dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segalanya..

Wahai makhluk kecil dalam rahimkuu..
Semoga dikau berkembang menjadi anak yang soleh..menjadi perantara bagi kemaslahatan umat manusia..menegakkan kebenaran..membela kejujuran..menjadi orang yang penuh manfaat bagi orang lain dan menjadi pemakmur negeri..

No comments: