October 8, 2008

YOU HAVE NO EXCUSE...

Mesej yang baik untuk renungan kita semua dari laman islami..
Renung-renungkan....

Tiada Alasan Utk Berkata Tidak!

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. .

October 1, 2008

Salam Eidulfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini..
Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk meraikan bulan syawal pada thn ini selepas sebulan di tarbiyah dlm bulan Ramadhan..moga Allah menerima semua amalan-amalan kita. Aminn..

Raya tahun ni pertama kali beraya bersama suami..dan buat pertama kalinya beraya berjauhan dengan keluarga..beraya di KLIA..sementara menunggu suami bekerja, ambil la kesempatan ini untuk update blog ni yg dh lama tak update...sambil chatting dgn kakak yg berada di jerman..sambil melihat org2 yang lalu-lalang dari pelbagai negara di sini..sambil melihat pekerja2 klia ni bekerja dgn baju raye masing2 yang cantik2 dan segak2.. (",)

Semua ni peluang yg diberi oleh Nya utk merasai pengalaman ini..

Dan Alhamdulillah..bulan puasa ni juga diberi peluang utk berpuasa penuh, merasai kepenatan, kesakitan dan kegembiraan dgn hadirnya 'org baru'...

Semoga diberi kekuatan lagi utk menghadapi cabaran2 yg bakal ditempuhi..

Utk kwn2 dan sahabat2 yg bakal mendirikan rumah tangga..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan..semoga dpt membina keluarga yg bahagia, mawaddah wa rahmah..Amin..


KLIA, 6.50 pm, 1 Syawal 1429H / 1 oktober 2008