July 22, 2008

Roda Kehidupan..

Alhamdulillah..Allah masih lagi beri kekuatan pada ku untuk bernafas dan menjalani kehidupan ini. Sepanjang 2 minggu ini macam-macam perkara yang berlaku. Ada kisah suka dan duka... Setiap yg berlaku adalah dengan izin yg Maha Esa dan Dia Maha Mengetahui apa yg ditentukan. Moga ianya terkandung hikmah yang tersirat.
13 Julai 2008
Pendaftaran Pelajar Baru Sem I 08/09 KTD
Alhamdulillah, kemasukan pelajar baru telah melebihi target 300 orang.
14 Julai 2008
Minggu Silaturrahim (MASIR) KTD
Berjalan dengan lancar dengan bantuan fasi-fasi MASIR.
15 Julai 2008
Minggu Silaturrahim (MASIR) KTD
Berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar seronok menunjukkan bakat masing2 membuat persembahan untuk majlis penutup. Tanpa dijangka, majlis penutup dihadiri oleh ramai wakil Haluan Kelantan memeriahkan suasana. Setelah tamat Minggu Silaturrahim, jam 2 pagi - 2 orang fasi mengalami kemalangan jalan raya dlm perjalanan pulang ke asrama. Salah seorang masih lagi terlantar di wad icu HRPZII Kota Bharu. MOga Allah menambahkan kesabaran pada mereka dan memberi kekuatan utk mereka cepat sembuh.
16 Julai 2008
Faliq fly ke australia..
Jam 4.30 petang hantar Faliq bersama-sama keluarganya di airport pengkalan Chepa. All the best to u Faliq!! Doakan saya utk menyusul kejayaanmu..
17 Julai 2008
Treatment ayah di HRPZII Kota Bharu
Insya Allah kesakitan yg ayah alami boleh diubati dengan membuat operation implan dgn kos antara rm17ribu-rm30ribu. MOga Allah mudahkan segala urusan ini dan memberi peluang pada ayah utk sihat kembali berjalan seperti biasa.
Jam 11 malam, bertolak ke KL utk berjumpa kekasih hati yg disayangi..
18 Julai 2008
Bercuti bersama suami tercinta..hehehe
19 Julai 2008
Back to Kota Bharu jam 9 malam
20 Julai 2008
Urusan pendaftaran pelajar baru yg baru sampai dan key-in data student baru..
21 Julai 2008
Takziah buat keluarga Pak Nik (Bapa saudara suami sebelah mak) atas pemergian beliau. Setelah lama bertarung nyawa menahan kesakitan akibat ketumbuhan di kepala. MOga Allah tempatkan dlm keampunan dan keredhaanNya dan memberi kesabaran pada isteri dan anak2nya.
Di KTD, seorang pelajar siswi terkena gangguan makhluk halus di rumah sewanya..
Di asrama, jam 10 malam bawa seorang siswi sakit ke hospital. Kena tahan di wad kecemasan sehingga jam 2 pagi..
22 Julai 2008
Tahniah kepada abe dan kak nira atas kelahiran cahaya mata baru. Baby boy yg comel lahir jam 8 pagi. Moga jadi anak yg soleh, penyejuk hati ayah bonda.
Di KTD pula seorang pelajar siswa diragut oleh 2 org peragut dlm perjalanan beliau ke kuliah. Mengalami kecederaan di kepala..

July 14, 2008

Cintakah Kita..??


Tiada ape yg lebih bermakna melainkan kecintaan kita kpd Tuhan, atas kehendakNya kita dilahirkan didunia yg dipenuhi dgn pelbagai ujian yg sering menjadi tetamu kehidupan. Hingga kekadang mampu membuatkan kita mengalirkan air mata, ada kalanya kita masih mampu tersenyum disebalik dugaan yg diterima. Tak kurang pulak yg kecundang dlm lautan nafsu. Maka padaNya jua kita akan kembali..

Cintailah manusia yg berhak untuk kita cintai. Jika anda seorang anak, maka cintailah dan sayangilah ibu bapa. Jika anda seorang pelajar, cintailah ilmu anda. Jika anda seorang isteri, selayaknya suami andalah yg berhak utk menerima kecintaan dari anda...fikir2kan...kepada siapa cinta anda selayaknya jika anda sebagai hambaNya di muka bumi ini.


Quote from someone...semoga kita dlm kecintaanNya...

July 13, 2008

Selamat Datang ke KTD..


Tarikh13 Julai 2008 yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. KTD dipenuhi insan-insan yang dahagakan ilmu dari serata negeri yang majoritinya dari Sabah. Kesibukan dan penat lelah selama ini terbalas dengan kehadiran lebih 300 orang pelajar mendaftar di KTD.


Syukur padaMu ya Allah..Berilah keikhlasan dan kekuatan pada kami untuk bekerja, mendidik dan membimbing anak-anak didik kami untuk cemerlang dunia dan akhirat..Menjadi insan yang berakhlak mulia dan bertaqwa!



Kembalinya Dikau..

Tanggal 1 Rejab 1429H kembalinya dikau ke Rahmatullah..
36 hari selepas majlis perkahwinan kami engkau meninggalkan kami. Belum sempat untuk ku mengenali mu sepenuhnya..menyayangimu dan disayangimu..dikau pergi kerana Allah lebih menyayangimu..
Masih terbayang senyuman yang sentiasa terukir dibibirmu..Gurau senda..dan kata-kata yang terluah pada kesempatan masa yang diizinkan untuk bersama.
Terharu dengan harapanmu yang telah tercapai untuk melihat kami mendirikan rumahtangga.
Semoga dikau tenang dan bahagia di sana..

Al-Fatihah untuk Arwah Ayahanda Yaacob B Kundur yang pulang ke Rahmatullah Jumaat, 1 Rejab 1429H, 3.45 petang..

Semoga Allah mencucuri limpah Rahmat dan kasih sayangNya kepada arwah dan tempatkannya bersama orang-orang yang soleh..