Alhamdulillah..Allah masih lagi beri kekuatan pada ku untuk bernafas dan menjalani kehidupan ini. Sepanjang 2 minggu ini macam-macam perkara yang berlaku. Ada kisah suka dan duka... Setiap yg berlaku adalah dengan izin yg Maha Esa dan Dia Maha Mengetahui apa yg ditentukan. Moga ianya terkandung hikmah yang tersirat.
13 Julai 2008
Pendaftaran Pelajar Baru Sem I 08/09 KTD
Alhamdulillah, kemasukan pelajar baru telah melebihi target 300 orang.
14 Julai 2008
Minggu Silaturrahim (MASIR) KTD
Berjalan dengan lancar dengan bantuan fasi-fasi MASIR.
15 Julai 2008
Minggu Silaturrahim (MASIR) KTD
Berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar seronok menunjukkan bakat masing2 membuat persembahan untuk majlis penutup. Tanpa dijangka, majlis penutup dihadiri oleh ramai wakil Haluan Kelantan memeriahkan suasana. Setelah tamat Minggu Silaturrahim, jam 2 pagi - 2 orang fasi mengalami kemalangan jalan raya dlm perjalanan pulang ke asrama. Salah seorang masih lagi terlantar di wad icu HRPZII Kota Bharu. MOga Allah menambahkan kesabaran pada mereka dan memberi kekuatan utk mereka cepat sembuh.
16 Julai 2008
Faliq fly ke australia..
Jam 4.30 petang hantar Faliq bersama-sama keluarganya di airport pengkalan Chepa. All the best to u Faliq!! Doakan saya utk menyusul kejayaanmu..
17 Julai 2008
Treatment ayah di HRPZII Kota Bharu
Insya Allah kesakitan yg ayah alami boleh diubati dengan membuat operation implan dgn kos antara rm17ribu-rm30ribu. MOga Allah mudahkan segala urusan ini dan memberi peluang pada ayah utk sihat kembali berjalan seperti biasa.
Jam 11 malam, bertolak ke KL utk berjumpa kekasih hati yg disayangi..
18 Julai 2008
Bercuti bersama suami tercinta..hehehe
19 Julai 2008
Back to Kota Bharu jam 9 malam
20 Julai 2008
Urusan pendaftaran pelajar baru yg baru sampai dan key-in data student baru..
21 Julai 2008
Takziah buat keluarga Pak Nik (Bapa saudara suami sebelah mak) atas pemergian beliau. Setelah lama bertarung nyawa menahan kesakitan akibat ketumbuhan di kepala. MOga Allah tempatkan dlm keampunan dan keredhaanNya dan memberi kesabaran pada isteri dan anak2nya.
Di KTD, seorang pelajar siswi terkena gangguan makhluk halus di rumah sewanya..
Di asrama, jam 10 malam bawa seorang siswi sakit ke hospital. Kena tahan di wad kecemasan sehingga jam 2 pagi..
22 Julai 2008
Tahniah kepada abe dan kak nira atas kelahiran cahaya mata baru. Baby boy yg comel lahir jam 8 pagi. Moga jadi anak yg soleh, penyejuk hati ayah bonda.
Di KTD pula seorang pelajar siswa diragut oleh 2 org peragut dlm perjalanan beliau ke kuliah. Mengalami kecederaan di kepala..
2 comments:
Hayakallah,
Pertama kali datang ke blog ini, saya meminta izin meninggalkan komen:
Entri ini menunjukkan keprihatinan seorang blogger terhadap persekitarannya.
Salam hormat daripada:
Amiene Rev
Blog: dukeamienerev.blogspot.com
salam salmi!
Dah kahwin ye. Tahniah...
-izyan bdak sciences (kwn kpd deena, maz, jannah, tikah..ehehe)
Post a Comment