Showing posts with label MyBaby. Show all posts
Showing posts with label MyBaby. Show all posts

April 12, 2012

23rd weeks now!!

Salam, hari ni first time gi checkup kt klinik olak lempit and it's 23 weeks 5 days already (114 days to go). with 46.5kg but hb low 10.2gm% only... so next week need to refer to mo bukit changgang semula.

need to be more careful and more focus to baby... harapnya next week gi checkup, hb dah meningkat ke paras normal semula... insya Allah


January 10, 2011

Sit Down @ Duduk

Satu petang di rumah...

Ayah: Bashir, duduk...

Bashir: (sedang berdiri dan menoleh pada ayah dengan muka yang berkerut-kerut membuang air besar =D)

Umi: Bashir, duduk sayang... (cuba untuk memujuk)

Bashir: (tengok pada umi plak)

Umi: ok Bashir..sit down..sit down...

Bashir: (terus duduk dan menyudahkan kerjanya)

Ayah: Owh, suruh duduk tak faham.. suruh sit down baru faham ye.. =)

Umi: itu yang dia faham... =D

Satu proses mengajar anak belajar dan memahami bahasa!

June 29, 2010

13 Months Old - Standing & Walking...

Alhamdulillah, masuk 13 bulan Bashir sudah pandai bangun dan berjalan dengan sendiri. Walaupun awalnya masih tidak berapa stabil tetapi cukup membuatkan umi bangga dengan semangat anak umi ni. Awal proses berjalan Bashir adalah di kampung. Kita balik ke Kelantan untuk majlis perkahwinan cik Nie Bashir pada 6 Jun lalu. Mungkin suasana kita di kampung bersama ahli keluarga yang lain mempengaruhi Bashir untuk cepat melangkah berbanding hanya kita bertiga sahaja di rumah ini. Satu kenangan buat Cik Nie Bashir bersempena majlis Perkahwinannya... dan sekarang ini Bashir sudah pandai berjalan dengan baik.

Umi berharap semoga nikmat kaki yang Allah kurniakan kepada kita untuk berjalan ini kita gunakan sebaiknya sebagai hambaNya yang diredhai. Berjalan dan melangkah untuk sentiasa dekat kepada Allah sayangku... Insya Allah!

Pertama kali melangkah sendiri di halaman rumah

Pertama kali berjalan di atas rumput =)

Terkadang terjatuh. Lumrah hidup kita jatuh bangun. Semoga jatuh ini menjadikan kita lebih semangat untuk terus berusaha!

Inilah Bashir Solihin yang terbaru (27 Jun 2010)... jalan2 di Putrajaya =D

March 6, 2010

Bashir dh 10 bulan...

hari ni Bashir dh pandai turun katil sendiri...bila Bashir sedar dari tidur pagi tadi terus merangkak naik atas umi ke tepi katil. then Bashir pusing dulu untuk pastikan kaki yang turun dulu..tanpa umi pegang bashir berjaya turun katil tu sendiri..hebat anak umi ni. baru umi ajar beberapa kali sebelum ni, bashir dah pandai buat sendiri..pas dah dapat turun katil tu, meleret je bashir senyum sebab dah berjaya kan! (",)

September 2, 2009

Bashir - 3 Month Old


12 Ogos 2009 lepas, Bashir telah berjaya meniarap dengan sendirinya...Pada masa tu aku tgh asyik mencari channel yang menarik untuk tontonan kami. Tiba2 terkejut bila badan Bashir menyentuhku. Rupa2nya dia telah berjaya meniarap!
Alhamdulillah, Bashir telah menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari. Seronok rasanya dapat melihat perkembangannya. Bermula dari dia pandai tersenyum, pandai ketawa dan pandai meniarap... Terharu rasanya..mcm nilah perasaan seorang ibu kot...hehehe


ni gmbr2 yg sempat dirakam pada hari pertama Bashir meniarap... seronok la tu..

May 20, 2009

Mujahid Kecilku...




Selasa, 5 Mei 2009 Bersamaan 10 Jamadil Awal 1430H
Bashir Solihin selamat dilahirkan tepat jam 3.28 pagi dengan berat 2.83 kg

Semoga Menjadi Anak Yang Soleh, Beriman dan Secekal Anak-anak Palestin!