July 13, 2008

Kembalinya Dikau..

Tanggal 1 Rejab 1429H kembalinya dikau ke Rahmatullah..
36 hari selepas majlis perkahwinan kami engkau meninggalkan kami. Belum sempat untuk ku mengenali mu sepenuhnya..menyayangimu dan disayangimu..dikau pergi kerana Allah lebih menyayangimu..
Masih terbayang senyuman yang sentiasa terukir dibibirmu..Gurau senda..dan kata-kata yang terluah pada kesempatan masa yang diizinkan untuk bersama.
Terharu dengan harapanmu yang telah tercapai untuk melihat kami mendirikan rumahtangga.
Semoga dikau tenang dan bahagia di sana..

Al-Fatihah untuk Arwah Ayahanda Yaacob B Kundur yang pulang ke Rahmatullah Jumaat, 1 Rejab 1429H, 3.45 petang..

Semoga Allah mencucuri limpah Rahmat dan kasih sayangNya kepada arwah dan tempatkannya bersama orang-orang yang soleh..



No comments: