August 14, 2009

Ramadhan...




Saban tahun Ramadan bertandang dan pergi, mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri. Berakhirnya ia menjadi tangis buat pengejar ukhrawi, kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.

Semoga Ramadan tidakkan berlalu sepi, supaya sempat kami mengabdi diri..

Begitulah..terdetik seketika di hati ini, sempat ke atau masih ada peluang ke diri ini untuk menyambut Ramadan yang beberapa hari sahaja lagi akan bertandang. Setiap hari sekarang ni kita baca dan dengar kematian saudara-saudara kita terutama di Malaysia ni. Paling ramai yang meninggal disebabkan oleh Infuenza H1N1 tu dan tak kurang juga disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain. Scary rasanya dengan penyakit tu kan. Moga dijauhkan kita semua darinya..

Kedatangan Ramadan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua. Ada yang bersiap-siap dan telah bertungkus-lumus menyediakan biskut-biskut raya atau segala jenis makanan untuk jualan di bulan Ramadan nanti. Ada promosi di pasaraya yang tak kurang juga hebatnya untuk jualan sempena raya nanti. Ada yang telah sibuk membeli pakaian dan segala persiapan untuk ahli keluarga juga untuk raya nanti. Yalah, nanti dah dekat raya sibuk dengan orang lain pulak. So baik beli awal-awal. Tapi semua ni nak sambut Ramadan ke nak sambut Raya yang utama?? Hehehe...Sama-samalah kita fikir ya ....

So, berapa ramai pula orang yang sibuk menyediakan jiwa dan hati setulusnya untuk dididik dan ditarbiyah di bulan Ramadan ini...? Insya Allah, semoga ramai seperti dalam kategori terakhir ini kan. Semoga diri ini pun tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa sedar akan keistimewaan dan keberkatan Ramadan. Ramadan Kareem!!


July 26, 2009

Dalam Kehadiran Sofiah


Novel Dalam Kehadiran Sofiah merupakan catatan pengalaman jerih, payah, indah dan luka penulis melahirkan dan membesarkan seorang anak OKU. Hospital menjadi rumah kedua mereka. Doktor, speech therapist, jurupulih cara kerja, dan pegawai kebajikan menjadi rakan mereka. Walaupun sudah berusia lapan tahun, Sofiah masih berlampin pakai buang. Kecacatannya, mental tetapi lebih jelas dipanggil autisme.

Komen Saya...

Novel ini banyak mengajar pembaca mengenali dunia orang-orang yang mempunyai anak-anak istimewa. Ia juga sedikit sebanyak dapat membawa pembaca merasai kepayahan, kesedihan mereka menjalani kehidupan menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa.

Jika sekarang aku sendiri merasa susah penat mengasuh anak di kala dia meragam, apatah lagi bagi mereka yang sering menghadapi ragam anak-anak istimewa yang tidak terjangka sehingga terpaksa bersengkang mata berhari-hari. Tetapi aku bangga dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak istimewa, mereka sungguh sabar, tabah dan optimis menjalani hidup dengan jayanya. Mereka juga adalah ibubapa yang istimewa. Hanya orang-orang yang layak yang dipilih Allah untuk menghadapi dugaan ini. Bukan sahaja dugaan, kesusahan dengan anak-anak sahaja tetapi dugaan dengan dunia luar yang belum lagi peka dan faham tentang orang-orang yang kurang upaya.

Sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya..."

Subhanallah..Semoga kita semua dapat ikhlaskan hati kita untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhaiNya..

Untuk membaca lagi catatan dari penulis mengenai novel ini, boleh layari http://saripahbakar.wordpress.com/

Semoga kita semua mendapat manfaat dan pahala dari pembacaan kita!!

July 2, 2009

Cerita dari Fiey...

Ini cerita dari fiey, sahabat ku masa di UIA dlu yang dihantar ke laman Islami..Seronok baca cerita fiey ini dan ingin ku abadikan dalam blog ini. Catatan Fiey ini selepas Fiey dan Wan datang ziarah baby ku yang baru lahir. Tetapi diizinkan masa tu kami buat check-up Bashir kat Hospital Serdang..

Daripada: shafiyyah solehah zahari
Subjek: [laman_islami] saje la nak cerite..:)
Kepada: laman_islami@ yahoogroups. com
Tarikh: Isnin, 11 Mei, 2009, 10:39 AM

salaam all members!!!hrp sume sihat..ingat kakfi tak?aa..jgn silap plak..shafiyyah solehah yer..bukan safiyah sakinah.kalo silap, mmg nak kene la.sj nak kongsi cerita..last saturday(brp ntah hrbulannyer. .ha!! 9hb..)di izinkan Allah, kfi..kak wan, anak dier..si safeeyah yg bulat tu n zaujnyer berkesempatan la g ziarah baby kak salmi yusuf. asal2nyer plan nak g umah kak mi kat klia tu..tp Allah izin anak kak mi kene wat blood checkup for jaundice kat hospital serdang..so ktorang pun gerak la ke sane..initial planning kak amie(ahlami) pun ikut skali..tp..di izinkan Allah jugak..k.amie xdpt ikut plak..dier x shat..soo..ktorang je la g sane..sampai sane plak..k.mi duk menunggu result anak dier yang x kuar2 tu..ktorang dah siap solat..makan..si safeeyah tu dah siap main dan berlari-lari segala..kmi stil lg xkuar2..so ktorang pun g la kat mak guard emergency ward tu..mintak izin nak masuk..finally ktorang jumpe la ngan kak mi dan baby nyer..baby boy, BASYIR
SOLEHIN (btol ke eja mcm ni mi?sorry ye kalo silap) yg 5 days old tu..mmg la comel..sebijik sejibon la mcm zauj kmi..haha!!di iyer kan oleh kak wan dalila..kan wan??kak mi pun mcm chubby sket la..xla kerempeng mcm mase undergrad dulu kan..haha!!seronok kak mi dpt baby dah..di doakan smg basyir ni mjd anak soleh yg bile dah besar nnt turut memperjuangkan deennyer..unfortunately..ktorang xsempat nak sembang lame pun ngan kak mi..siap nurse kat situ mcm bg hint lg suruh ktorang cabut cepat sket..emm..sesi bergambar pun kesimpulannyer xjd la..xde la gamba..permintaan untuk kak mi..attach kan la latest gamba kak mi n baby yer..ok..same2 doakan kakmi n babynyer sihat..okey..hopefully dpt reply dr k.mi la kan tuk gamba basyir tu..ok sume..doakan kfi ye..take care all.

Ceria je cerita dari fiey ni kan..emm cam orangnye jugak yang selalu ceria :) Terima Kasih yang tak terhingga buat fiey, wan dan familynya yang sudi datang ziarah kami dan amat sabar menunggu kami ketika itu. Mohon maaf kerana tidak dapat nak rai dengan baik.

Syukur kerana diberi peluang untuk mengenali wan dan fiey juga sahabat2 yang lain di UIA dulu. Banyak kenangan-kenangan kita yang tak mungkin dilupa. Sungguh indah untuk dikenang..Semoga ukhwah yang kita bina ini diredhaiNya dan berkekalan selamanya dan semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berkasih-sayang kerana Allah...



Maz, Fiey, Salmi, Ahlami & Syarha

June 29, 2009

Bidadari dari Timur


Tajuk : Bidadari dari Timur
Pengarang : Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Penerbit : Anbakri Publika Sdn. Bhd.
Mukasurat : 128 halaman

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…


Komen Saya....

Buku ini amat menyentuh hati...Menjadi pengubat hati apabila terasa penat, letih dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Ianya dapat memulihkan kembali semangat dan juga dapat memotivasikan kita untuk menjadi seorang isteri penyejuk hati suami dan ibu yang penyayang buat anak-anak.