December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberi nafas dan nikmat kepada kita untuk menyambut tahun baru hijrah ini. Semoga kesempatan yang diberikan kepada kita semua ini dapat kita manfaatkannya untuk lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. Semoga Allah juga memberi keampunanNya atas segala dosa dan kelalaian kita untuk tahun-tahun yang berlalu...

Sambutan Maal Hijrah ini mengingatkan kita kepada satu peristiwa penting iaitu Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah. Peristiwa ini merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus.

Bagi kita umat Islam sekarang ini, Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Roh Ma’al Hijrah ini memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai untuk ke arah kemajuan dan kemuliaan umat Islam di sisi Allah SWT.

Semoga diberi kekuatan kepada kita untuk memperbaiki lagi diri menjadi hambaNya yang lebih beriman dan bertaqwa bagi meraih redha dan kasih sayangNya...

Rujukan Dari Tulisan Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

December 5, 2009

Life Goes On...

Salam..lamanye dah tak update blog ni..pejam celik pejam celik hari ni genab la 7 bulan umur Bashir. Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Terasa segar lagi dalam ingatan ni kenangan-kenangan dari masa belajar dulu. Belajar, beraktiviti dan berprogram dengan kawan-kawan..bekerja mengurus segala hal ehwal pelajar di KTD dulu..ermm..rindu pulak masa-masa tu. juga segar lagi pengalaman semasa delivery Bashir 7 bulan yang lepas. dan stay di hospital serdang 3 hari untuk treatment jaundis Bashir...fobia dh duk hspital..hehehe..dh lama rupenya meninggalkan kenangan-kenangan tu semua.

for me..sudah lebih setahun bergelar isteri dan 7 bulan bergelar ibu. Kadang-kadang bila terfikir semua ni rasa tak sangka pulak..dari belajar dlm bidang bioteknologi kejuruteraan, pernah kerja sbg eksekutif hal Ehwal Pelajar dan sekarang sepenuh masa mengurus perniagaan. semua yang dilalui ni tak dirancang sama sekali. Semuanya perancangan dari Allah. Alhamdulillah...diberi kekuatan dan kemudahan oleh Allah untuk melalui kehidupan sebegini. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui kemampuan kita dan Dia Maha Pemurah memberi rezeki kepada hamba-hambaNya dari ruang dan sudut yang tak kita jangka. Ingat kata-kata dari ayah angkat "jangan risau pada rezeki kita, sebab rezeki tu dari Allah. Dia akan bagi dari mana-mana je kpd kita". Dengan berpegang kata-kata tu, Alhamdulillah, setiap kali jika rasa tak mampu, tak mencukupi sesuatu atau sbgnya..datang je rezeki dari Allah yg mmg tak terjangka akan dapat. Subhanallah..dan yang penting hati mestilah tenang dan redha dengan apa je yang ada..

Alhamdulillah pada apa yang ada sekarang ini. Semoga kita semua sentiasa menjadi orang-orang yang sentiasa bersyukur...

Dan hidup mesti diteruskan..terus menjalani kehidupan dengan sentiasa mengharap keredhaan Allah, setiap saat..setiap detik..dan mengharap semoga kehidupan sentiasa menjadi lebih baik..Amin....

September 2, 2009

Bashir - 3 Month Old


12 Ogos 2009 lepas, Bashir telah berjaya meniarap dengan sendirinya...Pada masa tu aku tgh asyik mencari channel yang menarik untuk tontonan kami. Tiba2 terkejut bila badan Bashir menyentuhku. Rupa2nya dia telah berjaya meniarap!
Alhamdulillah, Bashir telah menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari. Seronok rasanya dapat melihat perkembangannya. Bermula dari dia pandai tersenyum, pandai ketawa dan pandai meniarap... Terharu rasanya..mcm nilah perasaan seorang ibu kot...hehehe


ni gmbr2 yg sempat dirakam pada hari pertama Bashir meniarap... seronok la tu..

Sang Pemimpi


"Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."
"Kita tidak akan mendahului nasib!!!"
"Kita lakukan yang terbaik di sini! Dan kita akan berkelana menjelajah Eropah sampai ke Afrika! Kita akan belajar di Perancis!... Apa pun yang terjadi!!!"

Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat anda percaya tentang tenaga cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan. Malah lebih dari itu akan membuat anda percaya kepada kekuasaan Tuhan. Andrea akan membawa anda berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza, malah luar biasa tentang nasib, tentang intelektual, kegembiraan yang meluap-luap, sekaligus kesedihan yang mengharu biru.

Andrea membawa anda mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan. Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa, namun tanpa anda sedari, lambat laun watak-watak itu akan mengusai anda, membawa diri anda turut hanyut dalam gelombang hidup yang mengcengkam mereka.

Anda pasti tersenyum dengan humor halus yang bersahaja namun tersirat di dalamnya falsafah yang cukup rasional, erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung oleh dua watak utama buku ini, Arai dan Ikal. Buku ini akan membuatkan anda merenung ke dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan, menolak semua rasa putus asa dan tidak berdaya.

Komen Saya...

Buku ini memang membuatkan kita terpesona dengan kekuatan mimpi, cinta dan pengorbanan..
Membuatkan kita kagum dengan pengorbanan mereka untuk belajar dan mengapai cita-cita walaupun terpaksa berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup sebagai pelajar dan menabung untuk menyambung pelajaran. Sedikit pun tidak menyusahkan orang tua mereka. Kesusahan mengajar mereka untuk lebih berusaha dan berjaya...Kejayaan mereka membuatkan kita turut rasa gembira dan terharu juga membuatkan kita merenung kekuasaan Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang...